Tahap Pengetahuan Pedagogi Pelajar Tahun Akhir, Fakulti Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pedagogi merupakan suatu komponen yang penting dalam program perguruan. Guru-guru pelatih perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pedagogi sebagai persediaan untuk mengahadapi tugas dan tanggungjawab yang mencabar sebagai guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yeo, Kee Jiar, Abdul Halim, Siti Sara
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11211/
http://eprints.utm.my/11211/1/Tahap_Pengetahuan_Pedagogi_Pelajar_Tahun_Akhir%2C_Fakulti_Pendidikan_Dalam.pdf
Description
Summary:Pedagogi merupakan suatu komponen yang penting dalam program perguruan. Guru-guru pelatih perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pedagogi sebagai persediaan untuk mengahadapi tugas dan tanggungjawab yang mencabar sebagai guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini melibatkan empat aspek, iaitu perancangan guru, pengurusan bilik darjah, pengujian dan penilaian serta kemahiran penyampaian. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar tahun akhir daripada semua program pengajian di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian ialah soal selidik yang terdapat dalam dua bahagian. Bahagian A menyentuh demografi manakala bahagian B pula mengandungi 40 item. Data terkumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mencari frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tahun akhir memaparkan tahap pengetahuan pedagogi yang tinggi.