Metode Terjemahan Tafsir Arab-Melayu: Satu Kajian Terhadap Tafsir Fi Zilalil Qur’an – Di Bawah Bayangan Al-Qur’an Oleh Yusoff Zaky Yacob

Penterjemahan adalah metode penyebaran maklumat yang diakui keberkesanannya. Kajian ini bertujuan mengkaji metodologi terjemahan kitab Tafsir Fi Zilalil Qur’an – Di Bawah Bayangan Al-Qur’an oleh Yusoff Zaky Yacob. Kajian ini juga bertujuan melihat aspek relevansi kitab ini terhadap masyarakat Melayu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Azhar, Hassan, Zulfikri
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11210/
http://eprints.utm.my/11210/1/Metode_Terjemahan_Tafsir_Arab-Melayu__Satu_Kajian_Terhadap_Tafsir_Fi_Zilalil_Qur%E2%80%99an__Di_Bawah_Bayangan_Al-Qur%E2%80%99an_Oleh_Yusoff_Zaky_Yacob.pdf
Description
Summary:Penterjemahan adalah metode penyebaran maklumat yang diakui keberkesanannya. Kajian ini bertujuan mengkaji metodologi terjemahan kitab Tafsir Fi Zilalil Qur’an – Di Bawah Bayangan Al-Qur’an oleh Yusoff Zaky Yacob. Kajian ini juga bertujuan melihat aspek relevansi kitab ini terhadap masyarakat Melayu serta penerimaannya. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Semua pendekatan ini dianalisis secara manual melainkan soal selidik yang dianalisis melalui Perisian Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows (SPSS) bagi menentukan keesahan kajian terhadap 61 responden dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian mendapati metode yang digunakan oleh penterjemah berjaya membantu pembaca memahami teks tafsir al-Quran dengan mudah dan bersahaja. Kitab terjemahan ini juga sangat relevan dengan masyarakat tempatan dan dapat diterima baik sebagai bahan pengajian tafsir dan bahan bacaan peribadi. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menambah nilai kitab ini bagi memperluaskan penggunaannya selari dengan matlamat asal penterjemah.