Persepsi Dan Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Konstruktivisme Serta Kesan Terhadap Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hu...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/11188/ http://eprints.utm.my/11188/1/Persepsi_Dan_Sikap_Pelajar_Terhadap_Pendekatan_Konstruktivisme_Serta_Kesan_Terhadap_Pencapaian_Dalam_Mata_Pelajaran_Matematik_Di_Fakulti_Pendidikan_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Responden kajian terdiri daripada 75 pelajar Fakulti Pendidikan daripada program 4 SPM dan 4 SPT di UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Package For The Social Sciences” versi 13.0 dan penghuraian dibuat berdasarkan peratus serta nilai korelasi bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Purata taburan peratus menggunakan tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik (p=0.600 dan p=0.598). Beberapa cadangan juga ada dilakukan. |
|---|