Tahap Kefahaman Dalam Tajuk Ungkapan Algebra Pelajar Tingkatan Dua

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman dalam Tajuk Ungkapan Algebra di kalangan pelajar tingkatan dua. Seramai 145 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor yang terdiri daripada 73 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan terlibat dalam kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ali, Marlina, Abdul Aziz, Nurul Hafiza
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/11041/
http://eprints.utm.my/11041/1/Tahap_Kefahaman_Dalam_Tajuk_Ungkapan_Algebra_Pelajar_Tingkatan_Dua.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kefahaman dalam Tajuk Ungkapan Algebra di kalangan pelajar tingkatan dua. Seramai 145 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor yang terdiri daripada 73 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Umur pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 14 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik iaitu Ujian Diagnostik Ungkapan Algebra (UDUA). Statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t, dan korelasi Pearson-r digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan, tahap kefahaman pelajar Tingkatan Dua dalam tajuk Ungkapan Algebra keseluruhannya adalah sederhana iaitu (44.88%). Analisis korelasi Pearson-r menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang bererti terhadap tahap kefahaman Ungkapan Algebra merentas jantina pada aras .05. Manakala terdapat pertalian positif yang rendah antara minat dengan tahap kefahaman pelajar tingkatan dua dalam Tajuk Ungkapan Algebra. Pertalian ini tidak bererti pada aras .01.