Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Tanggungjawab Pelaksanaan Etika Profesion Perguruan
Kajian ini dilakukan bertujuan mengetahui persepsi guru Pendidikan Islam terhadap tanggungjawab pelaksanaan etika profesion perguruan. Seramai 62 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru. Borang soal selidik ini...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10988/ http://eprints.utm.my/10988/1/Persepsi_Guru_Pendidikan_Islam_Terhadap_Tanggungjawab_Pelaksanaan_Etika_Profesion_Perguruan.pdf |
| Summary: | Kajian ini dilakukan bertujuan mengetahui persepsi guru Pendidikan Islam terhadap tanggungjawab pelaksanaan etika profesion perguruan. Seramai 62 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru. Borang soal selidik ini mengandungi 44 soalan berdasarkan objektif kajian iaitu dari aspek profesion dan rakan sejawat, pelajar dan ibu bapa serta masyarakat dan negara. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.946. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences for windows version 13.0 (SPSS) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa aspek profesion dan rakan sejawat berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 4.43 diikuti dengan aspek pelajar dan ibu bapa ialah 4.15 dan aspek masyarakat dan negara ialah 4.08. Oleh yang demikian, beberapa cadangan turut dikemukakan. |
|---|