Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penyeliaan Latihan Mengajar Oleh Guru Pembimbing Dan Penyelia UTM Semasa Menjalani Latihan Mengajar
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun empat yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) terhadap penyeliaan latihan mengajar oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa menja...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10912/ http://eprints.utm.my/10912/1/Persepsi_Guru_Pelatih_Terhadap_Penyeliaan_Latihan_Mengajar_Oleh_Guru_Pembimbing_Dan_Penyelia_UTM_Semasa_Menjalani_Latihan_Mengajar.pdf |
| Summary: | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun empat yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal) terhadap penyeliaan latihan mengajar oleh guru pembimbing dan penyelia Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani latihan mengajar di sekolah. Kajian ini mengenai penyeliaan sebelum sesi pengajaran (Prapemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Seramai 74 orang pelajar dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science, Version 12) berdasarkan kepada skor kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menyatakan bahawa guru pembimbing dan penyelia UTM menjalankan sesi penyeliaan dengan sebaiknya terhadap mereka melalui kaedah bimbingan dan perbincangan sebelum sesi pengajaran (Pra-pemerhatian), selepas sesi pengajaran (Pasca-pemerhatian), aspek membuat penilaian pengajaran dan dalam aspek kawalan serta pengurusan kelas. Namun begitu, terdapat segelintir guru pelatih yang kurang dibimbing serta diselia dalam aspek pembinaan soalan secara sistematik mengikut aras kesukaran. Walaubagaimanapun, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambahbaik dan mengatasi masalah yang wujud dalam menjalani latihan mengajar. |
|---|