Kesesesuaian Isi Kandungan, Masa, Alatan Dan Kemudahan Serta Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Mengikut Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan serta kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi matapelajaran Kemahiran Hidup elektif Kemahiran Teknikal mengikut perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah penyelidikan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan , Abdul Rahim, Sanip, Asma Wati
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10858/
http://eprints.utm.my/10858/1/Kesesesuaian_Isi_Kandungan.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan serta kaedah tunjuk cara (demonstrasi) bagi matapelajaran Kemahiran Hidup elektif Kemahiran Teknikal mengikut perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Johor Bahru. Kaedah penyelidikan adalah berbentuk diskriptif yang menggunakan soal selidik terhadap 40 sampel yang dipilih secara rawak. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Ujian-t digunakan bagi melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru amat bersetuju bahawa isi kandungan sukatan Kemahiran Teknikal adalah bersesuaian untuk pelajar sekolah menengah rendah dengan jumlah min yang tinggi iaitu 3.82. Guru-guru juga bersetuju dengan masa yang diperuntukan iaitu dengan min yang sederhana (3.10) dan juga kemudahan dan alatan yang mencukupi bagi mata pelajaran Kemahiran Teknikal juga dengan jumlah min yang tinggi (3.79). Malahan kaedah pengajaran secara tunjuk cara dalam pengajaran Kemahiran Teknikal amat dipersetujui oleh guru-guru dengan mencatatkan jumlah min yang tinggi (4.10). Berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan yang mencukupi serta kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan guru yang berketrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisme mereka.