Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Mara

Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman , Mohd Anuar, Loganathan Muniandi, Ezra
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10856/
http://eprints.utm.my/10856/1/Amalan_Peraturan_Keselamatan_Bengkel_Dalam_Kalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Mara.pdf
Description
Summary:Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan – peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau amalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di bengkel IKM Johor. Aspek – aspek yang diberi perhatian adalah sikap positif pelajar, penggunaan peralatan dan mesin, keadaan semasa berkerja dan persekitaran bengkel. Sampel kajian seramai 50 pelajar yang dipilih bagi tujuan kajian dan Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian alpha cronbach bagi kajian ini adalah ? = 0.855. Analisis statistic dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statical Package For Social Science) telah digunakan untuk mendapatkan peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan sikap pelajar IKM dalam mengamalkan peraturan keselamatan bengkel adalah positif. Pengamalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar juga pada tahap yang tinggi. Disamping itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengurangkan peratusan kemalangan yang berlaku di bengkel dan meningkatkan lagi pengamalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar Institut Kemahiran MARA dalam semua proses pembelajaran selaras dengan matlamat pendidikan negara.