Tahap Kemahiran “Employability” Banduan Pra Bebas Di Kompleks Penjara Kluang, Johor

Penyelidikan ini bertujuan melihat tahap kemahiran “employability” banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Kemahiran yang dikaji ialah kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran bekerja dengan orang lain. Responden kajian seramai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Zainuddin, Salihhuddin, Farhana Salwa
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10812/
http://eprints.utm.my/10812/1/Tahap_Kemahiran.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan melihat tahap kemahiran “employability” banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Kemahiran yang dikaji ialah kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran bekerja dengan orang lain. Responden kajian seramai 40 orang terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang Johor. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For the Social Sciences” (SPSS 15.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang banduan pra bebas di Penjara Simpang Rengam Johor. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ? = 0.679. Analisis data dilakukan secara frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap ‘employability’ para banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang ini berada pada tahap yang tinggi. Kemahiran tertinggi yang dicatatkan adalah kemahiran membuat penyesuaian, diikuti dengan kemahiran bersikap positif, diikuti pula dengan kemahiran bekerja dengan orang lain dan yang akhir sekali ialah kemahiran bertanggungjawab. Ini menunjukkan bahawa banduan pra bebas mempunyai kemahiran ’employability’ yang tinggi setelah menjalani latihan vokasional sepanjang menjalani hukuman di penjara.