Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Garis Lurus Matematik Tingkatan Empat

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah u...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Noraffandy, Mat Idris, Rohana
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10734/
http://eprints.utm.my/10734/1/PEMBANGUNAN_PERISIAN_PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER.pdf
Description
Summary:Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah untuk menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dalam mempelajari Matematik. Reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada Model ASSURE iaitu melibatkan enam fasa iaitu Menganalisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah, Media dan Bahan, Menggunakan Media dan Bahan, Melibatkan Pelajar dalam Aktiviti Pembelajaran, Penilaian dan Pengubahsuaian. Teori Behaviorisme telah diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio ke dalam perisian ini untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop CS3 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis Lurus.