Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan (Penyajian Makanan)

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran kendiri yang direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Penggunaan MPK merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek denga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Sarimah, Moskam, Noorazlin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10711/
http://eprints.utm.my/10711/1/PEMBINAAN_DAN_PENILAIAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI.pdf
Description
Summary:Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran kendiri yang direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Penggunaan MPK merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Malangnya pembinaan MPK bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan tidak terdapat di pasaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membina tiga buah MPK bagi mata pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan pengkhususan dalam Penyajian Makanan dan Minuman iaitu MPK 1: Spesifikasi Tugas Pekerja di Organisasi Penyajian Makanan dan Minuman, MPK 2: Pengurusan Operasi Restoran dan MPK 3: Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Minuman. Pembinaan ketiga-tiga MPK ini adalah berdasarkan kepada Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Instrumen kajian yang digunakan ialah temuduga berstruktur dan borang soal selidik Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). MPK yang dibina dinilai kesesuaiannya oleh empat orang pensyarah pakar bidang Perkhidmatan Makanan menerusi Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) manakala peringkat Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) pula dinilai oleh lapan orang pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan dari tiga buah institusi pengajian tinggi. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dalam bentuk peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan kesesuaian MPK pada PFSS dan PFKK masingmasing memberikan status sesuai dan amat sesuai bagi MPK Operasi Perkhidmatan Makanan dan sesuai digunakan sebagai bahan P&P yang menekankan kepada pembelajaran kendiri. Implikasi bagi MPK Operasi Perkhidmatan Makanan yang dibina ini dapat memberikan kebaikan kepada pelajar, tenaga pengajar dan institusi pendidikan.