Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains
Artikel ini membincangkan pandangan bakal guru sains terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan meminta setiap responden mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan pengajaran Sains dalam Bahas...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTM Press
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10664/ http://eprints.utm.my/10664/1/NorHasnizaIbrahim2008_PengajaranSainsDalamBahasaInggeris.pdf |
| Summary: | Artikel ini membincangkan pandangan bakal guru sains terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan meminta setiap responden mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris, Seramai 85 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan bagi menganalisis kesemua dapatan yang diperolehi. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati sebahagian besar bakal guru sains sangat bersetuju pengajaran dan pembelajaran sains dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Bakal guru sains juga turut menyatakan kesediaan untuk melengkapkan diri dengnn kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mengukuhkan penguasaan strategi pengajaran sains yang pelbagai supaya berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains serta menambahbaik tahap kefahaman pelajar terhadap konsep sains yang sebenar. |
|---|