Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah

Harga diri pada umumnya ialah suatu bentuk penilaian kendiri. Individu dengan harga diri yang tinggi lebih berkemungkinan berasa puas hati dengan dirinya dalam pelbagai aspek secara umum seperti penampilan diri, kebolehan, akademik, hubungan dengan orang lain, dan sebagainya. Kajian ini dijalankan b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yeo, Kee Jiar, Muhamad, Zulkarnain
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10591/
http://eprints.utm.my/10591/1/HUBUNGAN_ANTARA_HARGA_DIRI_DENGAN_PENCAPAIAN_MATA_PELAJARAN_KEMAHIRAN_HIDUP_PELAJAR_SEKOLAH_MENENGAH.pdf
Description
Summary:Harga diri pada umumnya ialah suatu bentuk penilaian kendiri. Individu dengan harga diri yang tinggi lebih berkemungkinan berasa puas hati dengan dirinya dalam pelbagai aspek secara umum seperti penampilan diri, kebolehan, akademik, hubungan dengan orang lain, dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan 120 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah. Setiap pelajar diberikan satu set borang soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya yang menunjukkan nilai alfa Cronbach 0.879. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratus, dan min manakalah kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara harga diri dengan pencapaian Kemahiran Hidup. Di samping itu, ujian-t dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan antara harga diri dengan pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan menunjukkan responden berada pada tahap sederhana dalam harga diri. Dapatan juga menunjukkan terdapat korelasi antara harga diri dengan pencapaian. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan rendah. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengukuhkan harga diri pelajar, justeru secara tidak langusng membantu dalam meningkatkan pencapaian.