Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10521/ http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan
masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di enam
buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang
yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul
dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian
“Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif
iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap
pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap
yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian
menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam
pengajaran mereka. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), dan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek
pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah
termasuk kemudahan komputer.
Katakunci : teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), guru sekolah kebangsaan |
|---|