Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Kajian ini mengkaji gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar. Kajian ini melibatkan seramai 186 orang responden yang terdiri daripada 107 orang lelaki dan 79 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Zainudin, Kasri, Md. Saharudin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10300/
http://eprints.utm.my/10300/2/Md._Saharudin_Bin_Kasri.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengkaji gaya pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar. Kajian ini melibatkan seramai 186 orang responden yang terdiri daripada 107 orang lelaki dan 79 orang perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur empat kategori gaya pembelajaran. Empat kategori gaya pembelajaran adalah berasaskan Honey dan Mumford (1983) iaitu gaya pembelajaran aktivis, reflektif, teoris dan pragmatif. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai skor min, kekerapan dan tabulasi silang. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.703. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran reflektif (min 2.97) adalah gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh responden kajian. Gaya pembelajaran yang kedua adalah aktivis (min 2.90), diikuti ketiga ialah gaya pembelajaran pragmatis (min 2.89) dan keempat gaya pembelajaran teoris (min 2.75). Dapatan ini menunjukkan kepelbagaian gaya pembelajaran dan tahap kemahiran belajar memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar. Dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Katakunci : Honey dan Mumford, Statistical Package for Social Sciences (SPSS), gaya pembelajaran aktivis, reflektif, teoris, pragmatif