Gaya Kognitif Dan Pola Penyelesaian Masalah Kimia Pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti taburan gaya kognitif pelajar tingkatan empat dan pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar dengan keupayaan penyelesaian masalah kimia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Group Embedded Figures Test (GEFT) yang digunakan untuk meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arshad, Mohammad Yusof, Nasikin, Noraini
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/10298/
http://eprints.utm.my/10298/2/Noraini_Binti_Nasikin.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti taburan gaya kognitif pelajar tingkatan empat dan pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar dengan keupayaan penyelesaian masalah kimia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Group Embedded Figures Test (GEFT) yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat mengenai gaya kognitif sampel dan Ujian Penyelesaian Masalah Kimia (UPMK) yang digunakan untuk mengenalpasti pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar dengan keupayaan penyelesaian masalah kimia. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajar dari daerah Skudai dan Muar. Hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah diproses secara manual dengan menggunakan SPSS version 11.0. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar pelajar adalah Field Independent (54.4%), manakala pelajar bergaya kognitif perantaraan (30.0%) dan diikuti pelajar Field Dependent (15.5%). Terdapat beberapa perbezaan pola penyelesaian masalah kimia diantara gaya kognitif yang pelbagai. Beberapa cadangan telah dikemukakan diakhir laporan ini dalam memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.