Kepuasan Pelajar Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Kediaman 9, Universiti Teknologi Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman 9 Universiti Teknologi Malaysia. Kepuasan mahasiswi terhadap kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek: persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10260/ http://eprints.utm.my/10260/2/Nurain_binti_Abdul_Rahman.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman 9 Universiti Teknologi Malaysia. Kepuasan mahasiswi terhadap kehidupan ini ditinjau dari tujuh aspek: persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada kajian terdahulu sebagai instrumen kajian. Seramai 300 orang responden Kolej Kediaman 9 yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswi berpuas hati terhadap semua tujuh aspek kualiti kehidupan yang dikaji. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik tahap kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan lagi kajian ini. Katakunci : : persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, perkhidmatan makanan, Statistical Package For Social Science (SPSS). |
|---|