Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk ‘Respiration’
Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat ya...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10221/ http://eprints.utm.my/10221/2/Nur_Nadia_binti_Ramli.pdf |
| Summary: | Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan
perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi kaedah pengajaran masa kini. Ekoran
daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat, terdapat pelbagai bentuk bahan pengajaran
dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar serta guru untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, pembinaan web portal berasaskan Pengajaran Dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk ‘Respiration’ ini akan membanyakkan lagi
bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai
platform utama dan perisian Microsoft Power Point 2007 sebagai platform untuk membangunkan isi
kandungan. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian lain seperti Adobe
Photoshop 7, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Macromedia Flash 8, Ulead Cool 3D dan Ulead GIF
Animator 5.0. Web portal ini dilengkapi dengan lesson, quiz, glossary, forum, journal dan games
yang mampu memberangsang minat pelajar. Dengan terhasilnya web portal ini, diharapkan proses
pembelajaran untuk konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan
difahami oleh pelajar.
Katakunci : Bahan Bantu Mengajar (BBM), MOODLE, Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK), Respiration |
|---|