Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual
Penghasilan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada para pelajar dalam menguasai topik ini dengan lebih baik. Selain itu, ia juga adalah sa...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.utm.my/10203/ http://eprints.utm.my/10203/1/Norma_Aida_Mohd_Nor.pdf |
| Summary: | Penghasilan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Tajuk
Penjelmaan Dalam Matapelajaran Matematik KBSM Melalui Pembelajaran Secara Kontekstual
ini adalah untuk menyediakan satu alternatif kepada para pelajar dalam menguasai topik ini
dengan lebih baik. Selain itu, ia juga adalah salah satu langkah dalam mengurangkan beban guru
untuk mengajar topik ini yang telah diketahui memerlukan banyak visualisasi. Isi kandungan
perisian PBK ini adalah berlandaskan kepada silibus matematik KBSM dan telah diringkaskan
supaya dapat membantu pelajar terutamanya dalam peperiksaan SPM. Perisian ini menerapkan
pendekatan pembelajaran secara Kontekstual di mana pendekatan ini merupakan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat
menyumbang ke arah peningkatan penguasaan dan prestasi pelajar. Dengan penerapan
pendekatan ini membolehkan pelajar mengaitkan topik Penjelmaan dengan kehidupan harian
mereka serta kepentingannya terhadap kehidupan manusia. Melalui pendekatan ini juga
membolehkan pelajar memindahkan kemahiran, meneroka dan mendapatkan bukti. Model reka
bentuk perisian ini adalah berdasarkan model ADDIE yang melibatkan lima fasa pembangunan
iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Model reka bentuk ini
dipilih memandangkan model ini menyediakan fasa-fasa reka bentuk yang ringkas tetapi padat
dan jelas. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa gubahan
Macromedia Authorware Attain 7.0 dan dibantu dengan perisian lain seperti Swishmax, Adobe
Photoshop CS, Sony Sound Forge 8.0 dan Adobe Premiere Pro serta disokong oleh sistem
pengoperasi Microsoft Windows XP dalam usaha menghasilkan perisian PBK yang interaktif .
Justeru itu, dengan adanya perisian ini diharapkan dapat membantu guru dan juga pelajar dalam
mengajar dan belajar topik ini secara optimum. |
|---|