Pembinaan portal web jarum sebagai mekanisme tambahan dalam pembelajaran senireka fesyen
Kajian ini adalah berkisar tentang keberkesanan pembelajaran melalui mekanisme tambaban menggunakan laman web. Terdapat laman web fesyen yang sedia ada seperti Fashion Net, Fashionnews, Fashionworld dan pelbagai lagi. Namun begitu, laman web tersebut tidak menepati kehendak pembelajaran dan lebih be...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9956/ http://eprints.uthm.edu.my/9956/2/24p%20MOHD%20IZAL%20JAMALUDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9956/1/MOHD%20IZAL%20JAMALUDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9956/3/MOHD%20IZAL%20JAMALUDIN%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Kajian ini adalah berkisar tentang keberkesanan pembelajaran melalui mekanisme tambaban menggunakan laman web. Terdapat laman web fesyen yang sedia ada seperti Fashion Net, Fashionnews, Fashionworld dan pelbagai lagi. Namun begitu, laman web tersebut tidak menepati kehendak pembelajaran dan lebih bersifat komersial. Oleh sebab itu, pelajar harus mempunyai pengetahuan di dalam teknologi internet untuk mendapat sumber maklumat. Untuk menjadi sebuah koloni intelek dan sentiasa bersedia menerima perubahan era. Oleh yang demikian, pengetahuan serta kemudahan capaian internet mesti digunakan oleh semua para pelajar dan juga pendidik. Alternatif kepada masalah ini Portal Web Jarum dibangunkan sebagai mekanisme tambahan bagi pelajar senireka fesyen. Di dalam Portal Web Jarum ini , kajian keberkesanan Portal Web Jarum untuk mendapatkan pembelajaran dan rekabentuk antaramuka dikaji. Seramai 37 orang pelajar Diploma Senireka Fesyen, Semester Dua dipilih sebagai responden. Instiumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian I
(Demografi), bahagian II: A (Kesedaran dan kefahaman), B (Kenyataan keberkesanan), C (Rekabentuk antaramuka), dan D (Pengisian maklumat), Bahagian III (Komen dan cadangan). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packcages for the Social Sciences). Datadata dipaparkan di dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Portal Web Jarum adalah menarik dan berkesan untuk di dalam pembelajaran senireka fesyen mengikut persepsi responden. Penggunaan Portal Web Jarum juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan unt11k kajian akan datang |
|---|