Persepsi terhadap profesyen juruaudit di kalangan pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik sekitar Negeri Sembilan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi terhadap profesyen juruaudit daripada responden (pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik, sekitar Negeri Sembilan). Kesemua data yang telah dikumpul akan dijadikan platform untuk membangunkan CD-ROM yang boleh digunakan sebagai pand...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd. Jalil, Md Hidayat
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9856/
http://eprints.uthm.edu.my/9856/1/24p%20MD%20HIDAYAT%20ABD%20JALIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9856/2/MD%20HIDAYAT%20ABD%20JALIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9856/3/MD%20HIDAYAT%20ABD%20JALIL%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi terhadap profesyen juruaudit daripada responden (pelajar aliran perdagangan sekolah menengah teknik, sekitar Negeri Sembilan). Kesemua data yang telah dikumpul akan dijadikan platform untuk membangunkan CD-ROM yang boleh digunakan sebagai panduan dan pengetahuan am terutamanya kepada para pelajar. Bagi kegunaan sekolah, guru boleh menayangkan CD-ROM ini sebagai motivasi kepada bekas pelajar PMR (Penilaian Menengah Rendah) untuk memilih keIjaya ini (aliran perdagangan) apabila mereka memasuki tahap pendidikan yang lebih tinggi (tingkatan empat). Tambahan pula, ia memberi sedikit pendedahan kepada pelajar berkaitan keIjaya mereka pada masa depan. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 di mana statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan dan crosstabulation telah digunapakai untuk menganalisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa secara majoritinya, kesemua responden mempunyai persepsi yang salah mengenai profesyen juruaudit berpandukan kepada jenis juruaudit, tanggungjawab juruaudit, peraturan yang perlu dipatuhi oleh juruaudit dan pihak yang terlibat dengan profesyen juruaudit. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa secara umumnya, persepsi responden lelaki sebenamya lebih tepat sekiranya dibandingkan dengan responden perempuan