Penghasilan modul berasaskan multimedia bagi mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah teknik
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul berbentuk multimedia dalam proses pembelajaran. Bahan pembelajaran berbentuk CD multimedia Perdagangan (MPerd.) ini mengukur penerimaan pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian rekabentuk dan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9840/ http://eprints.uthm.edu.my/9840/1/24p%20AZUYARIA%20MAT%20PUZI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9840/2/AZUYARIA%20MAT%20PUZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9840/3/AZUYARIA%20MAT%20PUZI%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap
penggunaan modul berbentuk multimedia dalam proses pembelajaran. Bahan
pembelajaran berbentuk CD multimedia Perdagangan (MPerd.) ini mengukur
penerimaan pelajar dari aspek kesesuaian isi kandungan, kesesuaian rekabentuk dan
motivasi serta minat terhadap penggunaan MPerd. yang dihasilkan. MPerd.
dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke
atas temp at, modul, dan pelajar. Seramai 39 orang responden daripada Sekolah
Menengah Teknik Kluang dijadikan sebagai sampel kajian. Maklum balas diperolehi
menerusi borang soal selidik dan dianalisis dalam bentuk skor min (Mean Score),
peratusan (Percentage) dan kekerapan (Frequency) dengan menggunakan perisian
SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 11.0. Dapatan kajian
menunjukkan responden bersetuju bahawa isi kandungan dan rekabentuk yang
dimasukkan dalam Mperd. adalah sesuai dan responden juga menyatakan sangat
setuju bahawa Mperd. dapat meningkatkan minat serta motivasi pelajar. Secara
keseluruhannya, nilai skor min bagi ketiga-tiga aspek menunjukkan keputusan yang
tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa MPerd. yang
dihasilkan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar. Beberapa cadangan juga
dikemukakan untuk meningkatkan kualiti MPerd. supaya boleh dilaksanakan dengan
lebih efektif dan efisien dalam membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar |
|---|