Pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran pemasaran 1: tinjauan di politeknik
Pada masa kini, perkembangan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan tidak lagi boleh di nafikan. Modul Pengajaran Pemasaran 1 (MPP1) adalah satu bahan pengajaran yang dibangunkan berbantukan komputer. Antara aspek yang dikaji ialah, isi kandungan dan reka bentuk pengajaran MPP 1, juga penerima...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9630/ http://eprints.uthm.edu.my/9630/1/24p%20NURAZLEN%20AHMAD%20%40%20MAZLAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9630/2/NURAZLEN%20AHMAD%20%40%20MAZLAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9630/3/NURAZLEN%20AHMAD%20%40%20MAZLAN%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Pada masa kini, perkembangan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan
tidak lagi boleh di nafikan. Modul Pengajaran Pemasaran 1 (MPP1) adalah satu
bahan pengajaran yang dibangunkan berbantukan komputer. Antara aspek yang
dikaji ialah, isi kandungan dan reka bentuk pengajaran MPP 1, juga penerimaan serta
minat pelajar terhadap MPP1 ini. Kajian ini melibatkan 3 orang pensyarah
politeknik yang mengajar mata pelajaran Pemasaran 1 dan 45 orang pelajar semester
satu Diploma Pemasaran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
(POLIMAS). Sampel yang digunakan adalah sampel rawak kelompok. Untuk kajian
ini, instrumen yang digunakan ialah senarai semak dan soal selidik di mana penilaian
dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap MPP1. Data yang
diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS)
Versi 11.0 yang melibatkan skor min dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan
MPP1 memenuhi isi kandungan mata pelajaran pemasaran 1 di samping menepati
reka bentuk pengajaran berdasarkan senarai semak yang diterima dari pensyarah.
Penerimaan pelajar terhadap MPP1 juga adalah baik (skor min=3.209) dan pelajar
begitu berminat terhadap MPP1 ini (skor min=3.308). Ini jelas menunjukkan pelajar
adalah berminat dan menerima MPP 1 sebagai bahan pengajaran. Dengan itu, MPP1
ini adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran oleh pensyarah di
peringkat politeknik. Cadangan bahawa MPP1 ini dihasilkan bagi subtopik lain
dalam mata pelajaran pemasaran 1, serta adalah lebih baik sekiranya, MPP1 ini dapat
dicapai melalui web dan membuka laluan kepada pengkaji seterusnya untuk
membina modul bagi mata pelajaran lain |
|---|