Penghasilan perisian modul pembelajaran kendiri bagi proses mereka bentuk pangkalan data untuk mata pelajaran pengurusan pangkalan data di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Perisian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Proses Mereka Bentuk Pangkalan Data merupakan satu perisian pengarangan yang direka bentuk untuk pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat bagi mengetahui dan memahami proses mereka bentuk sebuah Pangkalan Data. Perisian modul ini dihasilkan berdasarkan su...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hanapi, Norhazlinda
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9628/
http://eprints.uthm.edu.my/9628/1/24p%20NORHAZLINDA%20MOHD%20HANAPI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9628/2/NORHAZLINDA%20MOHD%20HANAPI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9628/3/NORHAZLINDA%20MOHD%20HANAPI%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Perisian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Proses Mereka Bentuk Pangkalan Data merupakan satu perisian pengarangan yang direka bentuk untuk pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat bagi mengetahui dan memahami proses mereka bentuk sebuah Pangkalan Data. Perisian modul ini dihasilkan berdasarkan sukatan pelajaran mata pelajaran Pengurusan Pangkalan Data bagi pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti grafik, wama, teks, audio, video mampu mempersembahkan isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih menarik. Penghasilan Perisian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Proses Mereka Bentuk Pangkalan Data melibatkan kajian tentang kesesuaian isi kandungan, persembahan pengajaran yang digunakan, strategi pengajaran dan penerapan ciri-ciri motivasi yang terdapat dalam perisian ini. Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada pelajar kursus Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn semester tiga dipilih untuk menilai perisian yang dibangunkan dengan mengedarkan soal selidik beserta perisian modul yang telah dibangunkan. Hasil dapatan kajian kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 11.0 untuk mencari nilai skor min, sisihan piawai dan peratus. Secara keseluruhannya, hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa keempat-empat aspek yang dikaji adalah memenuhi keperluan pengguna