Penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) untuk mata pelajaran kaedah membatik
Kajian ini dijalankan untuk melihat penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Kaedah Membatik. MPK yang dibina adalah berbentuk compact disk (CD) dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9553/ http://eprints.uthm.edu.my/9553/1/24p%20NOORHATI%20ABD.%20KADIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9553/2/NOORHATI%20ABD.%20KADIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9553/3/NOORHATI%20ABD.%20KADIR%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri
(MPK) bagi mata pelajaran Kaedah Membatik. MPK yang dibina adalah berbentuk
compact disk (CD) dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif
kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan
pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping
itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan MPK dapat meningkatkan
motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian ini terdiri
daripada 34 orang pelajar semester enam Diploma Rekaan Fesyen Dan Pakaian,
Politeknik Johor Bahru. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis
menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0
bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi
pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran
pelajar, disamping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil
kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi
pelajar terhadap proses pembelajaran. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK
boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu
memudahkan proses pembelajaran pelajar |
|---|