Kemahiran menilai maklumat web: tinjauan di kalangan Pelajar Diploma Politeknik Ungku Omar
Pelaksanaan sistem mentoring di dalam sesebuah organisasi yang berjaya bertujuan untuk membangunkan potensi individu atau sekumpulan yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Dalam konteks penyeliaan Projek Sarjana, bentuk hubungan ini dilihat sebagai pengawalan yang berterusan oleh penyelia ter...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9461/ http://eprints.uthm.edu.my/9461/1/24p%20SITI%20FARAH%20WAHIDA%20MOHAMED.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9461/2/SITI%20FARAH%20WAHIDA%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9461/3/SITI%20FARAH%20WAHIDA%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Pelaksanaan sistem mentoring di dalam sesebuah organisasi yang berjaya bertujuan
untuk membangunkan potensi individu atau sekumpulan yang kurang berpengalaman dan
pengetahuan. Dalam konteks penyeliaan Projek Sarjana, bentuk hubungan ini dilihat sebagai
pengawalan yang berterusan oleh penyelia terhadap pelajar daripada permulaan Projek
Sarjana sehingga projek tersebut tamat. Kajian ini dijalankan untuk mengenai pasti
pendekatan yang digunakan oleh penyelia, melihat persepsi penyelia dan pelajar serta
perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring dalam penyeliaan
Projek Sarjana. Responden kajian terdiri daripada 28 orang penyelia dan 141 orang pelajar
yang terlibat dalam Projek Sarjana, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik untuk penyelia dan
pelajar yang dibangunkan berdasarkan Model Daloz yang diubahsuai berdasarkan elemenelemen
bimbingan, cabaran dan visi (matlamat). Data yang dikumpul dianalisis
menggunakan perisian SPSS v. 12.0 untuk mendapatkan skor min, dan menguji hipotesis nul
bagi Ujian-t tidak bersandar dengan aras signifikan ditetapkan pada 0.05. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa penyelia menggunakan ketiga-tiga pendekatan yang diketengahkan di
dalam model Daloz iaitu bimbingan, cabaran dan visi(matlamat). Hasil kajian juga
mendapati majoriti penyelia mempunyai persepsi yang baik terhadap aktiviti mentoring
dalam penyeliaan Projek Sarjana. Manakala rata-rata pelajar kurang bersetuju terhadap
penyelia dalam aktiviti mentoring dalam penyeliaan Projek Sarjana. Daripada aspek
perbezaan persepsi antara penyelia dan pelajar, terdapat perbezaan signifikan bagi
kebanyakan item di antara penyelia dan pelajar terhadap aktiviti mentoring di dalam
penyeliaan Projek Sarjana. Justeru itu, satu garis panduan mengenai penyeliaan Projek
Sarjana perlu diwujudkan bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat faedah dan
kebaikan daripadanya. |
|---|