Pengaruh agen kimia berbeza terhadap penguraian terma dan pembentukan fasa bahan La0.6Sr0.4CoO3- δ yang disediakan melalui kaedah Sol-Gel
Sifat penguraian terma dan pembentukan fasa bahan lantanum strontium kobalt oksida, La0.6Sr0.4CoO3-δ (LSC) yang disediakan melalui kaedah sol-gel berbantu agen kimia berbeza, iaitu agen serakan, agen pempolimeran dan agen permukaan aktif atau surfaktan telah dicirikan secara sistematik masing-masi...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2020
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/931/ http://eprints.uthm.edu.my/931/1/J11925_9aa3f91072907e792d97397b77b583a8.pdf |
| Summary: | Sifat penguraian terma dan pembentukan fasa bahan lantanum strontium kobalt oksida, La0.6Sr0.4CoO3-δ (LSC) yang
disediakan melalui kaedah sol-gel berbantu agen kimia berbeza, iaitu agen serakan, agen pempolimeran dan agen
permukaan aktif atau surfaktan telah dicirikan secara sistematik masing-masing melalui analisis termogravimetrik
(TG) dan pembelauan sinar-X (XRD). Penguraian terma bahan organik dan bahan bukan organik yang tidak diperlukan
dalam serbuk pelopor bahan LSC telah lengkap pada suhu kurang daripada 1000 °C bagi serbuk pelopor yang disediakan
dengan menggunakan agen serakan dan agen pempolimeran, dan suhu melebihi 1000 °C bagi serbuk pelopor yang
disediakan dengan menggunakan surfaktan. Sifat penguraian terma ini dipengaruhi oleh suhu pengeringan serbuk
pelopor tersebut dan berat molekul agen kimia. Pembentukan fasa tunggal perovskit LSC telah disahkan dalam serbuk
pelopor yang disediakan dengan menggunakan agen serakan, iaitu karbon teraktif dan agen pempolimeran, iaitu
etilena glikol selepas serbuk pelopor tersebut dikalsin pada suhu 900 °C. Sebaliknya, fasa tunggal perovskit LSC
tidak terbentuk secara lengkap dalam serbuk pelopor yang disediakan dengan menggunakan surfaktan (polietilena
glikol, Triton-X-100, Brij-97 dan Tween-80) walaupun selepas serbuk pelopor tersebut telah dikalsin pada suhu yang
lebih tinggi iaitu 1100 °C. Kepekatan surfaktan, nisbah molar surfaktan kepada logam kation dan nilai pH larutan
bahan pelopor yang tidak sesuai telah menyumbang kepada keputusan tersebut. |
|---|