Tinjauan terhadap gaya pembelajaran di kalangan pelajar pelajar semester tiga tahun 2002 diploma akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Kajian ini bertujuan untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajarpelajar semester tiga tahun 2002 kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan gaya pembelajaran pelajar-pelajar dalam mengumpu...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9180/ http://eprints.uthm.edu.my/9180/1/24p%20RAJA%20MAHANI%20RAJA%20SULAIMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9180/2/RAJA%20MAHANI%20RAJA%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9180/3/RAJA%20MAHANI%20RAJA%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajarpelajar
semester tiga tahun 2002 kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
kecenderungan gaya pembelajaran pelajar-pelajar dalam mengumpul dan menerima
maklumat pembelajaran, mengetahui kemampuan pelajar-pelajar dalam menguasai gaya
pembelajaran secara pernyataan bertulis berbanding dengan gaya pembelajaran secara
pernyataan lisan dan juga untuk mengetahui sama ada mereka lebih gemar
mengamalkan kaedah gaya pembelajaran secara bersendirian atau berkumpulan.
Keseluruhan pelajar seramai 62 orang merupakan populasi kajian ini. Kajian ini
berbentuk deskriptif dan kaedah kajian yang digunakan ialah menggunakan borang soal
selidik untuk memperolehi data berkenaan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS
versi 10.0 bagi mendapatkan jumlah peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian
telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Dapatan kajian ini menunjukkan
pelajar-pelajar Diploma Akauntansi telah memperlihatkan kecenderungan tinggi
terhadap gaya pembelajaran yang berbentuk 'Angka Tertulis/Pandang' dan juga
'Dengar/Pandang/Kinestetik'. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar-pelajar lebih
cenderung terhadap gaya pembelajaran secara bersendirian berbanding dengan gaya
pembelajaran secara berkumpulan. Apa yang paling menarik daripada dapatan kajian ini
ialah kebanyakan pelajar menunjukkan kecenderungan pada aras yang rendah terhadap
gaya pembelajaran yang melibatkan pernyataan dan penghuraian semula secara lisan.
Implikasi daripada dapatan di atas dibincangkan dalam Bab V kajian ini. |
|---|