Persepsi pelajar terhadap aspek-apek penempatan di asrama dan hubungan dengan pencapaian akademik pelajar: satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82 orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mew...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8766/ http://eprints.uthm.edu.my/8766/1/24p%20SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8766/2/SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8766/3/SHAFIZAH%20SHAFIAI%20%40%20SHAFII%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap
aspek-aspek penempatan di asrama dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar, bagi pelajar-pelajar Ting. 5 Sek. Men. Teknik Pasir Mas, Kelantan. Seramai 82
orang responden terlibat di dalam kajian ini di mana ia mewakili 30% daripada jumlah
keseluruhan pelajar Ting. 5 tahun 2002 yang tinggal di asrama sekolah terbabit. Di
antara tumpuan kajian ini adalah untuk meninjau pendapat dan persepsi pelajar terhadap
beberapa aspek utama penempatan asrama terutamanya dari segi kemudahankemudahan
fizikal, peraturan dan disiplin, pengalaman sosial serta psikologi pelajar,
serta juga keadaan persekitaran pembelajaran asrama dan sejauhmanakah hubungkait di
antara aspek-aspek tersebut dengan pencapaian akademik pelajar.
Data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan
kaedah peratusan, skor min, sisihan piawai dan juga korelasi dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Packege For The Social Science). Kajian mendapati
kebanyakan pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan dan
peraturan sedia ada di asrama mereka. Kebanyakan daripada mereka juga tidak
menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di asrama dan
mengambil sikap positif terhadap jadual belajar yang ditetapkan.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aspek psikologi dan sosial pelajar mempunyai
hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik pelajar manakala aspek kemudahan
fizikal dan persekitaran pembelajaran pula mempunyai hubungan yang sederhana kuat
sementara aspek peraturan dan disiplin pula menunjukkan hubungan yang lemah dengan
pencapaian akademik pelajar.
Walaubagaimanapun, dengan nilai pekali yang positif bagi keempat-empat aspek ini,
menunjukkan bahawa memang terdapat hubungan di antara aspek-aspek penempatan di
asrama dengan pencapaian akademik pelajar |
|---|