Kefahaman pelajar institusi pengajian tinggi terhadap permasalahan gangguan seksual : satu tinjauan di kalangan pelajar KUiTTHO
Beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, kita sering didedahkan dengan isu gangguan seksual. Kewujudan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja, membantu mempercepatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewujudan isu ini. Gangguan seksual merupakan antara masal...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8665/ http://eprints.uthm.edu.my/8665/1/24p%20ROHAILA%20ABDULLAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8665/2/ROHAILA%20ABDULLAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8665/3/ROHAILA%20ABDULLAH%20WATERMARK.pdf |
| Summary: | Beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, kita sering didedahkan dengan isu
gangguan seksual. Kewujudan Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja, membantu mempercepatkan lagi kesedaran
masyarakat mengenai kewujudan isu ini. Gangguan seksual merupakan antara masalah
sosial yang semakin dibimbangi kerana kesannya terhadap mangsa sangat serius
sehingga ada yang mengalaminya sanggup berhenti keija bagi mengelakkannya daripada
terns berulang. Walau bagaimanapun agak sukar untuk menangani masalah ini kerana
rata-rata tidak ramai yang menganggapnya penting melainkan mereka yang terlibat dan
menjadi mangsa kejadian. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui mengenai kefahaman
pelajar institusi pengajian tinggi mengenai pemasalahan gangguan seksual. Ini
dilakukan bagi tujuan mengenalpasti sama ada mereka mempunyai maklumat dan
pengetahuan yang berkaitan atau tidak. Golongan pelajar adalah pelapis masyarakat,
jika pada peringkat ini kesedaran telah wujud nescaya permasalahan ini mudah untuk
dibendung. Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn merupakan responden
dan mereka dikehendaki menjawab soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian
iaitu demografi, kejadian gangguan seksual, konsep gangguan seksual, penerimaan
terhadap permasalahan gangguan seksual dan pengetahuan mengenai undang-undang
yang berkaitan dengan gangguan seksual. Melalui analisa dan keputusan didapati
bahawa wujud perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mempersepsikan
gangguan seksual itu sendiri. Selain itu rata-rata pelajar kurang mengetahui mengenai
tingkah laku-tingkah laku yang dikategorikan sebagai gangguan seksual. Ini
menunjukkan tahap kefahaman pelajar mengenai isu ini masih rendah. |
|---|