Pendayaupayaan komuniti miskin melalui pendekatan modal sosial
Kemiskinan merupakan isu sejagat yang sering mendapat perhatian umum. Kemiskinan tidak merujuk komuniti luar bandar sahaja tetapi isu ini turut dihadapi oleh komuniti bandar. Sehingga hari ini, kemiskinan dianggap sebagai masalah masyarakat yang sukar diatasi. Pada asasnya kemiskinan diper...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
UUM Press
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7799/ http://eprints.uthm.edu.my/7799/1/12.pdf |
| Summary: | Kemiskinan merupakan isu sejagat yang sering mendapat
perhatian umum. Kemiskinan tidak merujuk komuniti
luar bandar sahaja tetapi isu ini turut dihadapi oleh
komuniti bandar. Sehingga hari ini, kemiskinan dianggap sebagai
masalah masyarakat yang sukar diatasi. Pada asasnya kemiskinan
diperhatikan dalam dua bentuk iaitu kemiskinan relatif dan
kemiskinan mutlak (United Nation Development Programme,
2015). Kemiskinan mutlak mengukur kemiskinan dalam hubung
kait wang dan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Kemiskinan mutlak juga merujuk keadaan apabila
seseorang individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk
memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan
munasabah (Norzita & Siti Hadijah, 2014; Kartini Aboo, 2016).
Kemiskinan relatif pula merupakan kemiskinan yang diperhatikan
dalam konteks ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan (Siti
Hadijah & Roslan, 2011). Kemiskinan ini mengaitkan jurang
pendapatan antara dua kumpulan iaitu golongan yang mempunyai
pendapatan yang rendah dianggap sebagai miskin dan golongan
yang memiliki pendapatan yang lebih tinggi dianggap sebagai kaya.
Selain itu, ketidaksamarataan ini juga diukur menggunakan pekali
gini (ukuran ketaksamaan pendapatan) berasaskan pengagihan
pendapatan kasar bulanan isi rumah. |
|---|