Aplikasi android pembelajaran abjad Bahasa Jepun (JingoCat Apps)
Bahasa asing menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pelajar yang mempelajari Bahasa Jepun sebagai satu kursus bahasa ketiga mempunyai masalah menguasai perbendaharaan kata (leksikal), struktur bahasa serta t...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7780/ http://eprints.uthm.edu.my/7780/1/J14611_979a0b31faa0a6b5148a5d4c5f5f4670.pdf |
| Summary: | Bahasa asing menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Pelajar yang mempelajari Bahasa Jepun sebagai satu kursus bahasa ketiga mempunyai masalah
menguasai perbendaharaan kata (leksikal), struktur bahasa serta tatabahasa. Faktor masalah ini berlaku adalah
disebabkan, perbendaharan kata (leksikal) yang asing bagi pelajar, menyebabkan sukar untuk dihafal dan diaplikasi
dalam latihan sama ada latihan komunikasi atau latihan untuk membuat ayat (Noor Aizah Abas, 2009). Kajian ini
bertujuan untuk membangunkan satu aplikasi android pembelajaran abjad bahasa jepun aras satu dan dua kepada pelajar UTHM
khususnya dan umumnya boleh digunakan kepada mana-mana pengguna yang berminat. Aplikasi ini merupakan pembelajaran awal
dalam mempelajari abjad Jepun di samping memudahkan pelajar untuk menguasai huruf Hiragana dan Katakana melalui aplikasi
pembelajaran mudah alih berasaskan multimedia. Aplikasi android pembelajaran abjad jepun tahap 1 dan 2 (JingoCat Apps)
mempunyai tiga menu utama iaitu Learn, Game dan Review di mana setiap menu mengandungi pembelajaran yang berbeza
kandungan. Reka bentuk maklumat adalah berdasarkan Teori Kognitif, Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme. Model reka
bentuk produk adalah berdasarkan Model Hannafin dan Peck (1988) terdiri daripada fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan dan
Pengulangan dan Penilaian. Oleh itu, semua fasa akan mengandungi proses penilaian dan menyemak semula setiap fasa. Reka
bentuk yang terlibat dalam pembangunan aplikasi JingoCat adalah informasi, interaksi dan antara muka. Metodologi kajian
melibatkan temubual berstruktur untuk menilai kebolehfungsian aplikasi android yang dibangunkan. Penilaian terhadap pakar yang
terdiri daripada empat orang pakar iaitu dua orang pakar dalam bidang Multimedia Kreatif dan dua orang pakar dalam bahasa asing
(Bahasa Jepun). Hasil dapatan menunjukkan, keseluruhan pakar bersetuju bahawa reka bentuk informasi, interaksi dan antara muka
memenuhi keperluan dan bersesuaian. Kesimpulannya, aplikasi pembelajaran abjad Jepun JingoCat menjadi satu Alat Bahan Bantu
Mengajar (ABBM) dan mudah digunakan oleh semua pihak yang memerlukan. |
|---|