Pembangunan modul pembelajaran Advance CAD in HVAC

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini telah dibentuk untuk menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. L. Roger (2001) menyatakan bahawa pelajar kurang berminat dengan pengajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan guru harus mel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Razali, Nizamudin, Mohd Shaffi, Nor Izuani, Rahim, Mohd Bekri, Nur Yunus, Faizal Amin, Abdul Rahman, Khairul Anuar, Baharudin, Nurhayati
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6804/
http://eprints.uthm.edu.my/6804/1/C3748_52d29847953c92106c99ce333b6e618e.pdf
Description
Summary:Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini telah dibentuk untuk menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. L. Roger (2001) menyatakan bahawa pelajar kurang berminat dengan pengajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan guru harus melakukan perubahan yang lebih baik dalam proses pengajaran, bermotivasi serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan modul pembelajaran sebagai sumber rujukan dalam pelaksanaan proses pembelajaran adalah kaedah yang digunakan oleh pendidik pada masa kini. Ia akan meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran di dalam kelas. Penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar (ABBM) dapat memberikan maklumat dengan lebih jelas dan sistematik kepada pelajar yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar (Musa & Mohamad, 2013). Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan modul Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD). Pembangunan modul ini adalah merujuk kepada Model Pembinaan Modul Sidek. Pemilihan model ini sesuai kerana elemennya tersusun dan teratur. Modul terakhir akan dinilai melalui pengesahan 3 pakar yang terdiri daripada pensyarah berpengalaman dalam bidang AutoCAD dan HVAC. Soal selidik yang digunakan merangkumi tiga aspek penting dalam menilai kualiti modul ini iaitu dari aspek inter-aktiviti modul,