Pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid bagi sistem penyaman udara unit pisah

Kajian ini merupakan pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid. Matlamat utama yang difokuskan dalam pembangunan produk ini ialah menghasilkan sistem tenaga solar yang dapat membantu elektrik domestik dalam penggunaan penyaman udara. Seterusnya objektif kajian ini adalah untuk mereka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saad, Mohd Nazmi, Rahim, Mohd Bekri, Razali, Nizamuddin, Baharudin, Nurhayati, Ali, Khairul Fahmi
Other Authors: Gerijih, Debie Devisser
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6792/
http://eprints.uthm.edu.my/6792/1/10.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid. Matlamat utama yang difokuskan dalam pembangunan produk ini ialah menghasilkan sistem tenaga solar yang dapat membantu elektrik domestik dalam penggunaan penyaman udara. Seterusnya objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilai kebolehfungsian tenaga solar menggunakan konsep hibrid. Kaedah reka bentuk model ADDIE yang terdapat lima fasa utama yang iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian telah digunakan dalam pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan tenaga solar pada penyaman udara dapat menurunkan suhu sebanyak 33% dari suhu permulaan sehingga bateri memberi amaran untuk berhenti. Selain itu juga dapatan kajian menunjukan penggunaan arus tenaga solar yang lebih rendah berbanding elektrik domestik dengan perbezaan 0.5 ampere untuk arus permulaan dan 0.1 untuk arus operasi. Pembangunan sistem tenaga solar ini dianggap sebagai satu kaedah alternatif yang mesra pengguna dan teknologi hijau yang meningkatkan penjimatan dalam penyaman udara. Akhir sekali pembangunkan produk tenaga solar menggunakan konsep hibrid merupakan satu alternatif lain untuk mengurangan tenaga elektrik bagi kegunaan sistem penyaman udara yang sedia ada.