Pembangunan prototaip asas automasi kimpalan

Prototaip adalah satu bentuk objek sebenar yang dikecilkan skala mengikut skala yang telah ditetapkan dalam sebarang bidang rekabentuk. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk prototaip asas automasi kimpalan, membangunkan prototaip asas automasi kimpalan dan mengenalpasti kebolehfungsian prot...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amiruddin, Mohd Hasril, Sumarwati, Sri, Rosly, Mohamad Rosalhafis
Other Authors: Razali, Nizamuddin
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6776/
http://eprints.uthm.edu.my/6776/1/5.pdf
Description
Summary:Prototaip adalah satu bentuk objek sebenar yang dikecilkan skala mengikut skala yang telah ditetapkan dalam sebarang bidang rekabentuk. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk prototaip asas automasi kimpalan, membangunkan prototaip asas automasi kimpalan dan mengenalpasti kebolehfungsian prototaip asas automasi kimpalan. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah Model ADDIE. Responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden terdiri daripada Penolong Jurutera daripada kursus mekanikal yang terdapat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa prototaip pengajaran dan pembelajaran ini kepada tiga bahagian iaitu lengan robot, pengawal motor servo dan papan grid. Bagi lengan robot, pengkaji telah memasang lengan robot mengikut struktur yang diinginkan dan kemudian memasang servo motor pada setiap sendi lengan robot. Seterusnya pengkaji telah memasang wayar motor pada pengawal motor servo bagi menggerakkan tangan robot. Produk yang dibina oleh pengkaji mempunyai reka bentuk yang menarik disamping mesra pengguna kerana ia ringan dan mudah untuk dibawa, ia akan memudahkan para pelajar dan pengajar untuk melakukan sesi pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini menunjukkan bahawa prototaip ini sesuai dijadikan ABBM sama ada penggunaannya di dalam kelas bagi pembelajaran secara teori mahupun dimakmal untuk pembelajaran secara amali.