Aplikasi teknologi pembinaan buluh dalam pembangunan kemudahan komuniti
Pendedahan pelajar-pelajar program Senibina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kepada proses pembinaan bangunan berteraskan teknologi pembinaan buluh di Bandung, Indonesia telah memberi satu pengalaman yang amat bernilai kepada mereka. Walaupun pembinaan bangunan menggunakan buluh sebagai bah...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTHM
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6765/ http://eprints.uthm.edu.my/6765/1/C3547_05b94dac6f38f65052115568797d76df.pdf |
| Summary: | Pendedahan pelajar-pelajar program Senibina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kepada proses
pembinaan bangunan berteraskan teknologi pembinaan buluh di Bandung, Indonesia telah memberi
satu pengalaman yang amat bernilai kepada mereka. Walaupun pembinaan bangunan menggunakan
buluh sebagai bahan binaan bukanlah asing bagi negara-negara beriklim tropika, namun beberapa
faktor berkaitan keupayaan bahan itu mendepani keperluan industri binaan khususnya di Malaysia
menjadi cabaran baginya untuk diterima pakai secara meluas. Menerusi projek merekabentuk
berasaskan kepelbagaian deria untuk Sekolah Arunika Waldorf di Bandung, pelajar-pelajar berpeluang
menghasilkan rekabentuk struktur binaan bangunan kelas pembelajaran sambil dibimbing oleh pakar�pakar pembinaan dan penyelidik teknologi pembinaan buluh. Tidak sekadar menghasilkan rekabentuk
itu sahaja, hasil rekabentuk itu seteusnya dibangunkan dalam skala sebenar untuk membina kelas
pembelajaran itu. Menggunakan teknologi struktur kerangka berlengan boleh laras dan gegelung
pengikat besi, struktur tiang buluh yang diikat kepada tapak plat besi dapat didirikan dengan kukuh.
Struktur ini seterusnya menjadi kerangka binaan yang memegang ikatan buluh-buluh kecil yang lain
sebagai dinding dan kerangka bumbung bangunan |
|---|