Sistem pengurusan maklumat Ko-kurikulum SK To’ Uban
Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum Sekolah Kebangsaan To’ Uban merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu pihak SK To’ Uban dalam menguruskan maklumat kokurikulum sekolah tersebut. Penggunaan sistem manual yang masih digunakan oleh pihak SK To’ Uban menjadi masalah u...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Other |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTHM
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6740/ http://eprints.uthm.edu.my/6740/1/P13704_7a989ae777dd75156adb2c333c113e75.pdf |
| Summary: | Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum Sekolah Kebangsaan To’ Uban
merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu pihak SK To’
Uban dalam menguruskan maklumat kokurikulum sekolah tersebut. Penggunaan
sistem manual yang masih digunakan oleh pihak SK To’ Uban menjadi masalah
utama menyebabkan kerja- kerja berkaitan maklumat kokurikulum sekolah menjadi
lambat dan kurang efektif. Hal ini menyebabkan proses mengemaskini data
kokurikulum menjadi lambat dan menghadapi masalah kehilangan data. Selain itu,
proses pendokumentasian maklumat sekolah juga menjadi lambat dan tidak teratur.
Oleh itu, sistem yang berasaskan web ini dibangunkan bagi mengatasi masalah
tersebut. Model pembangunan perisian yang digunakan untuk projek ini ialah Model
Prototaip yang melibatkan lima fasa penting iaitu Fasa Perancangan, Fasa Analisis,
Fasa Reka Bentuk, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Pengujian. Model ini amat sesuai dan
fleksibel untuk digunakan di dalam projek ini. Sistem ini dibangunkan berasaskan
web yang dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL sebagai
pangkalan data. Kesimpulannya, Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum SK To’
Uban yang dibangunkan ini diharap dapat membantu pihak sekolah SK To’ Uban
untuk meningkatkan keberkesanan proses pengurusan bahagian kokurikulum yang
mana lebih baik berbanding sistem sebelumnya iaitu sistem manual. |
|---|