Sistem e-PnP Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTHM

Terdapat banyak fail atau rekod pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dihasilkan pada setiap semester tetapi pengurusannya di kalangan kakitangan masih dilakukan secara manual yang boleh menimbulkan masalah dari segi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Amelia, Salamat, Mohamad Aizi
Format: Other
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6686/
http://eprints.uthm.edu.my/6686/1/P13432_64b08b7034b6c0b42a4b7ed109dfceef.pdf
Description
Summary:Terdapat banyak fail atau rekod pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dihasilkan pada setiap semester tetapi pengurusannya di kalangan kakitangan masih dilakukan secara manual yang boleh menimbulkan masalah dari segi keselamatan, kawalan, pengesanan, pengurusan dan penilaian dokumen. Oleh itu, tujuan projek ini adalah untuk membangunkan sistem pengurusan maklumat berasaskan web yang akan digunapakai oleh kakitangan untuk mengendalikan proses pengurusan dan penilaian fail dokumentasi pengajaran dan pembelajaran dokumentasi dengan lebih sistematik. Metodologi pembangunan projek yang digunakan adalah teknik prototaip untuk memastikan aliran data dapat menyokong perkongsian dokumen yang efisien, kolaborasi persekitaran kerja dan pengurusan aktiviti serta operasi fail pengajaran dan pembelajaran di FTK, UTHM yang lebih teratur. Sistem pemodelan yang dibangunkan merangkumi model proses, model data dan model antara muka yang sesuai untuk modul maklumat, tugas, dokumen dan penilaian bagi pengurusan fail pengajaran dan pembelajaran selaras dengan keperluan FTK, UTHM. Akhirnya, pembangunan Sistem e-PnP ini membantu meningkatkan produktiviti dan pengurusan persekitaran akademik yang lebih teratur dan efisien.