Penilaian nano zink oksida keatas campuran asfalt terhadap kerosakan kelembapan
Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang menerima intensiti hujan yang tinggi sepanjang tahun. Untuk keadaan jalan, turapan asfalt dikenakan dengan beban yang tinggi dan sistem saliran tidak mencukupi untuk musim hujan. Semua faktor yang digabungkan menghasilkan kebarangkalian kerosakan kele...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTHM
2021
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6512/ http://eprints.uthm.edu.my/6512/1/3.pdf |
| Summary: | Malaysia mempunyai iklim khatulistiwa yang menerima intensiti hujan yang tinggi sepanjang
tahun. Untuk keadaan jalan, turapan asfalt dikenakan dengan beban yang tinggi dan sistem
saliran tidak mencukupi untuk musim hujan. Semua faktor yang digabungkan menghasilkan
kebarangkalian kerosakan kelembapan yang tinggi [1]. Kerosakan kelembapan adalah salah
satu masalah utama bagi turapan berasfalt di mana ianya mempengaruhi jangka hayat
disebabkan oleh keadaan lekatan dan lekitan asfalt pengikat [2].
Kehilangan pelekatan merujuk kepada pengurangan keupayaan pelekat pada permukaan
agregat dan asfalt. Ini berlaku akibat air dan tekanan dari air yang bertindak pada campuran
asfalt. Sementara itu, kehilangan lekitan adalah disebabkan oleh pelembutan atau kemerosotan
keupayaan lekitan didalam asfalt pengikat yang tertumpu kepada kelembapan [3]. Pelucutan
dan penguraian adalah disebabkan kehilangan ikatan pelekat antara agregat dan asfalt.
Sementara itu, kehilangan keupayaan lekitan boleh membawa kepada kelemahan turapan yang
mudah terdedah kepada kerosakan pramatang dan kerosakan tekanan pori [4]. |
|---|