Penilaian kepatuhan syariat islam dalam merekabentuk tanah perkuburan islam berkonsepkan taman teknologi

Tanah Perkuburan Islam di Malaysia telah mencapai banyak pembaharuan. Antaranya pembinaan Raudhatul Sakinah iaitu tanah perkuburan dalam taman. Pada peringkat awal, dua tanah perkuburan telah dijadikan tapak pembinaan iaitu Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Shakila, Saad, Shamsaadal Sholeh, Halim, Harliana, Awang, Habibah, A.A, Mustaffa, Sulaiman, Noralfishah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6090/
http://eprints.uthm.edu.my/6090/1/KP%202020%20%28112%29.pdf
Description
Summary:Tanah Perkuburan Islam di Malaysia telah mencapai banyak pembaharuan. Antaranya pembinaan Raudhatul Sakinah iaitu tanah perkuburan dalam taman. Pada peringkat awal, dua tanah perkuburan telah dijadikan tapak pembinaan iaitu Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Lanjutan dari itu sekumpulan penyelidik dari UTHM melakukan penambahbaikan melalui usaha merekabentuk Tanah Perkuburan Islam Berkonsepkan Taman Teknologi menggunakan dengan aplikasi Geographical Information System (GIS) sebagai nilaitambah dalam dalam proses pembinaan tanah perkuburan Islam yang lebih sistematik. Lokasi kajian ini terletak di Tanah Perkuburan Islam, Parit Raja, Batu Pahat. Perkembangan ini memerlukan memerlukan satu garis panduan yang jelas agar usaha yang dilakukan berada dalam ruang lingkup kepatuhan syariat Islam. Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menilai kepa rekabentuk tanah perkuburan Islam berkonsepkan taman teknologi ini adalah selari dengan ketetapan syariat Islam. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah temubual, permerhatian dan kajian perpustakaan. Hasil dari analisis kajian, terdapat tiga aspek yang perlu diambilkira semasa merekabentuk tanah perkuburan berkonsepkan taman teknologi iaitu tujuan mengkebumikan jenazah, tujuan menziarahi kubur dan bentuk binaan di atas tapak perkuburan. Dapatan daripada kajian ini akan menjadikan rekabentuk Tanah Perkuburan berkonsepkan Taman Teknologi menepati syariat Islam, diterima serta dimanafaatkan oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia.