Pembangunan dan pengujian aktiviti pembelajaran berasaskan MOOC untuk kursus diagnous dan senggaraan audio video
Platform Open Learning merupakan pembelajaran atas talian yang berasaskan MOOCs. MOOCs masih lagi baru di aplikasikan di Malaysia, oleh sebab itu masih belum terdapat panduan bagi mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan kursus TVET. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5867/ http://eprints.uthm.edu.my/5867/1/AJ%202018%20%28924%29%20Pembangunan%20dan%20pengujian%20aktiviti%20pembelajaran%20berasaskan%20MOOC%20untuk%20kursus%20diagnous%20dan%20senggaraan%20audio%20video.pdf |
| Summary: | Platform Open Learning merupakan pembelajaran atas talian yang berasaskan MOOCs. MOOCs masih lagi baru di aplikasikan di Malaysia, oleh sebab itu masih belum terdapat panduan bagi mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan kursus TVET. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mendapatkan maklum balas dari pakar terhadap penerimaan mereka keatas aktiviti pembelajaran untuk kursus Diagnous dan Senggaraan Audio Video yang telah dibangunkan. Model ADDIE digunakan sebagai model kajian untuk pembangunan aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan teori pembelajaran konstruktivisme Model 5E. Senarai semak digunakan untuk mengumpul data yang melibat tiga (3) orang pakar sebagai sampel kajian. Data diinterpretasi di dalam bentuk skor kekerapan. Hasil dapatan kajian mendapati pakar menunjukkan penerimaan yang positif dari aspek reka bentuk isi kandungan, persembahan dan interaksi serta penilaian keseluruhan keatas akviti pembelajaran yang telah dibangunkan. Sumbangan kajian adalah sebagai panduan untuk membangunkan dan mereka bentuk aktiviti pembelajaran untuk kursus TVET yang mengikut garis panduan instruksional MOOCs dan dapat dijadikan bahan untuk pembelajaran kendiri serta dapatan kajian dapat dijadikan penambahbaikan untuk kajian akan datang. |
|---|