Pembangunan perisian pembelajaran mobile CRTV.cn untuk kursus diagnous dan senggaraan audio video
Kemajuan hari ini telah memberi kesan terhadap perkembangan teknologi dari pelbagai aspek dan bidang. Bidang pendidikan juga turut tidak terkecuali dalam menerima tempias hasil daripada perkembangan teknologi ini. Kesan daripada perkembangan teknologi ini telah melahirkan satu kaedah pembelajaran ba...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTHM
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/5514/ http://eprints.uthm.edu.my/5514/1/AJ%202018%20%28873%29%20Pembangunan%20perisian%20pembelajaran%20mobile%20CRTV.cn%20untuk%20kursus%20diagnous%20dan%20senggaraan%20audio%20video.pdf |
| Summary: | Kemajuan hari ini telah memberi kesan terhadap perkembangan teknologi dari pelbagai aspek dan bidang. Bidang pendidikan juga turut tidak terkecuali dalam menerima tempias hasil daripada perkembangan teknologi ini. Kesan daripada perkembangan teknologi ini telah melahirkan satu kaedah pembelajaran baru yang dikenali sebagai mobile learning atau mlearning. M-learning membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa dan tanpa ada had lokasi. Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan mendapati tiada perisian pembelajaran berbentuk mobile dibangunkan bagi kursus Diagnous dan Senggaraan Audio Video sebagai bahan sokongan pembelajaran di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Oleh yang demikian kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pembelajaran yang bersifat mudah alih bagi topik Penerima TV Warna sebagai ABBM yang dapat membantu dalam pembelajaran di luar kelas. Pembangunan Perisian Pembelajaran CRTV.cn telah menjadikan model ADDIE sebagai rujukan dan panduan dalam pembangunan. Pelaksanaan perisian telah dibuat dengan memuat naik Perisian Pembelajaran CRTV.cn di Play Store. Fasa penilaian perisian dilakukan dengan membangunkan instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi lima tahap. Pengujian dilakukan untuk menguji faktor yang berkaitan dengan kebolehgunaan serta kebergunaan perisian terhadap pengguna. Analisis data telah menggunakan perisian SPSS version 20. Hasil daripadanya mendapati 54.66 % daripada respon memilih skala setuju yang menyatakan bahawa Perisian Pembelajaran CRTV.cn membantu pelajar dalam pembelajaran bagi kursus Diagnous dan Senggaraan Audio Video. Hasil daripada dapatan kajian juga membuktikan bahawa penggunaan Perisian Pembelajaran CRTV.cn dapat menjadi satu kaedah atau alternatif baru dalam proses pembelajaran. |
|---|