Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomot...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Moktar, Siti Nor Aisah, Hanapi, Zaliza, Tze, Kiong Tee, Mohamed, Suriani, Che Rus, Ridzwan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5415/
http://eprints.uthm.edu.my/5415/1/AJ%202018%20%28861%29%20Kesediaan%2C%20penerimaan%20dan%20pengoperasian%20guru%20Reka%20Bentuk%20dan%20Teknologi%20terhadap%20amalan%20dalam%20pentaksiran%20berasaskan%20sekolah.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap amalan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan amalan PS terhadap guru Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah kebangsaan negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Elemen yang akan dikaji ialah tahap amalan guru dalam pelaksanaan PS. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah dimana sampel kajian adalah seramai 275 orang guru yang terdiri daripada guru yang mengajar murid Tahun 4, 5 dan 6 dari 275 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Sebanyak 12 item soal selidik telah dibina dan telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Amalan guru sebelum, semasa dan selepas melaksanakan pentaksiran adalah baik masing-masing dengan min 3.9673, 4.0029 dan 4.0218. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa amalan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah berada di tahap yang baik dengan min keseluruhan ialah 4.0048 dan sisihan piawai .57239. Semoga dari hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah dengan lebih baik lagi.