Falsafah dakwah bil hal menurut perspektif al-Quran

Dakwah bil hal merupakan salah satu cabang daripada metode dakwah dalam ilmu dakwah yang pelbagai. Fokus perbincangan menjurus kepada bentuk-bentuk dakwah bil hal yang digambarkan di dalam al-Quran sama ada menyentuh dari aspek akhlak, khidmat dan juga prasarananya. Tidak seperti metode dakwah bil l...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Razak, Azizul Azra, Abdul Rahim, Mohd Hisyam
Format: Article
Language:English
Published: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4267/
http://eprints.uthm.edu.my/4267/1/AJ%202018%20%28743%29%20Falsafah%20dakwah%20bil%20hal%20menurut%20perspektif%20al-Quran.pdf
Description
Summary:Dakwah bil hal merupakan salah satu cabang daripada metode dakwah dalam ilmu dakwah yang pelbagai. Fokus perbincangan menjurus kepada bentuk-bentuk dakwah bil hal yang digambarkan di dalam al-Quran sama ada menyentuh dari aspek akhlak, khidmat dan juga prasarananya. Tidak seperti metode dakwah bil lisan (perkataan) ataupun bil qalam (penulisan) yang sering dibahaskan oleh para pengkaji dewasa ini, dakwah bil hal kian kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru itu, kajian ini berusaha mengetengahkan kembali perbahasan berkaitan metode dakwah bil hal dan pada masa yang sama mencadangkan prospek perkembangannya bersama metode-metode lain dalam bidang ilmu dakwah. Ia merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan metode analisis kandungan secara diskriptif dan induktif bagi mencapai matlamatnya. Berdasarkan asasasas kukuh berkenaan dengan metode dakwah bil hal ini, ia berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan seiring dengan metode dakwah yang lain sekiranya kajian yang dijalankan berbentuk multidisplin dan tidak terhad dalam sesuatu bidang tertentu sahaja.