Penghasilan modul pembelajaran kendiri bahan dan binaan berasaskan web

Perkembangan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan tidak Iagi boleh dinafikan pada masa kini. Keperluan yang meningkat dalam sistem pembelajaran dan pengajaran memerlukan mereka yang terlibat memberi sepenuh tumpuan terhadap mata pelajaran bagi mencapai matlamat, untuk tujuan ini modul pembel...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Salleh, Mohd Faizal
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3284/
http://eprints.uthm.edu.my/3284/1/MOHD%20FAIZAL%20BIN%20MOHD%20SALLEH%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3284/2/MOHD%20FAIZAL%20BIN%20MOHD%20SALLEH%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3284/3/MOHD%20FAIZAL%20BIN%20MOHD%20SALLEH%20-%20fulltext.pdf
Description
Summary:Perkembangan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan tidak Iagi boleh dinafikan pada masa kini. Keperluan yang meningkat dalam sistem pembelajaran dan pengajaran memerlukan mereka yang terlibat memberi sepenuh tumpuan terhadap mata pelajaran bagi mencapai matlamat, untuk tujuan ini modul pembelajaran kendiri di hasilkan bagi membantu memudahkan pelajar dan pensyarah dalam mata pelajaran Bahan dan Binaan agar dapat mengikuti pelajaran tersebut secara berkesan tanpa membuang masa. Seramai 35 orang pelajar diploma kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah , Jitra Kedah terlibat sebagai responden. Statistik deskriptif digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data. Secara keseluruhannya dari hasil kajian, menunjukkan para pelajar memberikan maklum balas yang positif terhadap modul pembelajaran kendiri Bahan dan Binaan berasaskan web ini. Dari hasil kajian ini juga didapati bahawa kebanyakan pelajar lebih berminat terhadap menggunakan media yang pelbagai seperti teks, audio dan visual. Walau bagaimana pun masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk memantapkan modul pembelajaran kendiri ini. Bagi menyokong perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan keijasama daripada pelbagai pihak seperti Kementerian dan Politeknik sendiri diperlukan terutama dari segi kemudahan komputer, kursus penggunaan perisian dan sebagainya.ini adalah penting bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang teknologi pada masa akan datang.