Pendekatan permainan mudah alih dalam pembelajaran congak

Kaedah congak merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk mengira dan menyelesaikan masalah matematik. Kaedah ini diajar kepada murid-murid terutamanya di sekolah rendah bagi meningkatkan keupayaan mental murid-murid sekaligus berupaya mengira dengan tepat dan pantas. Namun begitu kaedah i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Nur Amira, Wahid, Noorhaniza, A. Hamid, Rahayu, Murli, Norhanifah
Other Authors: Ismail, Mohd Norasri
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3233/
http://eprints.uthm.edu.my/3233/1/Bab03.pdf
Description
Summary:Kaedah congak merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk mengira dan menyelesaikan masalah matematik. Kaedah ini diajar kepada murid-murid terutamanya di sekolah rendah bagi meningkatkan keupayaan mental murid-murid sekaligus berupaya mengira dengan tepat dan pantas. Namun begitu kaedah ini boleh menimbulkan kebosanan kepada murid-murid terutamanya yang lemah dalam matematik. Pendekatan pembelajaran berasaskan permainan melalui aplikasi mudah alih dijangka akan dapat meningkatkan minat murid-murid mempelajari kaedah congak. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan model Game Development Life Cycle kerana kesesuaian model tersebut untuk pembangunan aplikasi permainan. Aplikasi ini telah diuji oleh kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan aplikasi ini telah mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. Kesimpulannya, aplikasi ini telah berjaya dibangunkan dan berpotensi untuk dijadikan alat bantuan pembelajaran bagi kanak-kanak dalam memupuk minat dan kemahiran mereka dalam mencongak nombor.