Hubungan di antara persekitaran kerja dan produktiviti tenaga kerja dalam sektor pembuatan

Pertumbuhan sektor pembuatan yang pesat dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara memandangkan sektor ini penting sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan tukaran asing (Shalemy & Ahmad, 2011). Sehubungan itu, membangun dan memastikan per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Siti Hanisah, Ahmad, Nurazwa
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3172/
http://eprints.uthm.edu.my/3172/1/Bab02.pdf
Description
Summary:Pertumbuhan sektor pembuatan yang pesat dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara memandangkan sektor ini penting sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan tukaran asing (Shalemy & Ahmad, 2011). Sehubungan itu, membangun dan memastikan pertumbuhan berterusan dalam sektor pembuatan merupakan antara agenda utama kepada Malaysia. Selain itu, kepentingan untuk memastikan persekitaran kerja yang baik amatlah perlu agar produtiviti tenaga kerja akan menjadi lebih baik dan produktif. Ini kerana peningkatan produktiviti pekerja membolehkan lebih banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh yang sama. Sahar (2002) menjelaskan bahawa produktiviti buruh yang tinggi dalam sektor pembuatan dapat membantu pertumbuhan dan pembangunan berterusan ekonomi sesebuah negara. Syarikat pembuatan telah mengalami banyak perubahan seperti kegagalan dan gangguan yang telah memberi kesan negatif kepada kehidupan pekerja dan pelanggan (Ali, Abdi, & Adan, 2013). Masalah yang telah dikenal pasti adalah banyak penubuhan syarikat pembuatan makanan di Johor menyebabkan pekerja di syarikat pembuatan tersebut telah terdedah kepada perubahan besar seperti perolehan pekerja yang tinggi, kekurangan pekerja dan peningkatan beban kerja didalam persekitaran kerja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa banyak faktor wujud dalam persekitaran kerja di beberapa syarikat pembuatan makanan di Johor yang memberikan impak kepada produktiviti tenaga kerja.