Sistem pengurusan maklumat saudara baharu di Batu Pahat

Saban tahun, Pejabat Agama Daerah Batu Pahat terus membuat penambahan rekod ke fail saudara baharu. Sehingga kini, rekod masih disimpan di dalam fail secara manual yang mana proses ini sering menyebabkan kesukaran dalam capaian data. Secara umumnya, setiap saudara baharu perlu mengisi maklumat diri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mushairu, Maisarah, Othman, Muhaini
Other Authors: Wahid, Norfaradilla
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3127/
http://eprints.uthm.edu.my/3127/1/Ch09.pdf
Description
Summary:Saban tahun, Pejabat Agama Daerah Batu Pahat terus membuat penambahan rekod ke fail saudara baharu. Sehingga kini, rekod masih disimpan di dalam fail secara manual yang mana proses ini sering menyebabkan kesukaran dalam capaian data. Secara umumnya, setiap saudara baharu perlu mengisi maklumat diri di dalam borang dan borang tersebut akan dimasukkan ke dalam fail mengikut tahun memeluk Islam. Pejabat agama juga masih menggunakan kertas untuk merekod kehadiran saudara baharu ke setiap kelas pengajian dan laporan akan dianalisis berdasarkan senarai nama saudara baharu di dalam buku yang akan menyulitkan lagi proses analisis. Justeru, suatu sistem berasaskan web dan pangkalan data bagi Sistem Pengurusan Maklumat Saudara Baharu di Batu Pahat dibangunkan bagi memudahkan urusan saudara baharu terutamanya apabila memeluk Islam, maklumat saudara baharu terus didaftarkan ke dalam sistem supaya data lebih tersusun dan mudah dicapai. Model prototaip digunakan sebagai metodologi kerana prototaip perlu dibangunkan untuk mengetahui sama ada sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak pengguna sasaran. Selain itu, perisian Bracket sebagai tempat mengaplikasikan sumber kod dengan bantuan pangkalan data, PHPMyAdmin untuk menyimpan segala data bagi membangunkan sistem ini. Sistem ini menjadikan pengurusan maklumat berkaitan saudara baharu lebih bersistematik bagi mengurangkan kadar pengulangan data.