Alat bahan bantu mengajar sistem penggera kebakaran bagi subjek servis peralatan elektrik di kolej vokasional
Keperluan alat bahan bantuan mengajar (ABBM) di dalam pendidikan amat penting sekali pada zaman kini. Hal ini kerana melalui penggunaan ABBM ini dapat memudahkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Kit ABBM Sistem Penggera Kebakaran yang dibangunkan ini merupakan sala...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Other Authors: | |
| Format: | Book Section |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UTHM
2020
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3054/ http://eprints.uthm.edu.my/3054/1/Bab01.pdf |
| Summary: | Keperluan alat bahan bantuan mengajar (ABBM) di dalam pendidikan amat penting sekali pada zaman kini. Hal ini kerana melalui penggunaan ABBM ini dapat memudahkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Kit ABBM Sistem Penggera Kebakaran yang dibangunkan ini merupakan salah satu keperluan ABBM yang dibangunkan bagi subjek ETE6024, Peralatan Servis Elektrik di Kolej Vokasional. Tujuan kit ini dibangunkan bertujuan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tersebut yang dijalankan di dalam kelas. Tambahan lagi dengan adanya kit ABBM ini dapat membantu dalam menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan pelajar dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana sesuatu operasi Sistem Penggera Kebakaran ini berlaku.Pelajar juga dapat mempraktikkan sendiri melalui amali yang dijalankan. Kit ABBM ini dirancang dengan teliti agar ia dapat digunakan dengan mudah dan sesuai dengan proses pembelajaran yang dijalankan. Prinsip kendalian kit ABBM ini adalah dengan mengesan masukan haba dan asap yang terhasil daripada kebakaran yang berlaku dan seterusnya memberikan isyarat keluaran iaitu siren dan buzzer sebagai isyarat amaran. Sistem ini menggunakan perisian Programmable Interface Controller (PIC) yang mana sistem ini turut dipelajari oleh pelajar Kolej Vokasional. Pengujian dan analisis dilakukan melibatkan secara teknikal dan pengesahan pakar bagi mengesahkan dan menjawab persoalan kajian.Secara keseluruhannya, konsep-konsep asasnya telah berjaya direka bentuk. Beberapa cadangan telah diberikan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan dan seterusnya sesuai digunakan dalam situasi sebenar pada masa akan datang. |
|---|