Analisis kitab tentang sifat dua puluh dalam Hidayah Al-Muta’allim Wa ‘Umdah Al-Mu’allim karangan Syeikh Daud Al-Fatani

Syeikh Daud al-Fatani merupakan antara pengarang dan prolifik yang terkenal di Nusantara. Beliau adalah ulama Patani yang paling masyhur dan produktif di rantau ini kerana telah menghasilkan banyak karya. Karyanya dalam bidang akidah yang ditulis dalam bahasa Melayu Jawi telah menyumbang kepada kep...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mustapha, Ahmad Sharifuddin, Ali, Abdul Karim, Zainol, Nur Zainatul Nadra
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3036/
http://eprints.uthm.edu.my/3036/1/Bab10.pdf
Description
Summary:Syeikh Daud al-Fatani merupakan antara pengarang dan prolifik yang terkenal di Nusantara. Beliau adalah ulama Patani yang paling masyhur dan produktif di rantau ini kerana telah menghasilkan banyak karya. Karyanya dalam bidang akidah yang ditulis dalam bahasa Melayu Jawi telah menyumbang kepada kepercayaan yang kukuh dan asas beragama yang betul kepada umat Islam di rantau ini. Kertas kerja ini merupakan kajian takhkik teks kitab Hidayah al-Muta'allim Wa ‘Umdah al-Mu’allim yang memberi fokus kepada analisis perbincangan sifat dua puluh Allah S.W.T. Metode yang digunakan adalah metode analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan Syeikh Daud telah membahagikan sifat ini kepada sifat nafsiyyah dan sifat salbiyyah serta sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyyah. Memandangkan bahasa yang digunakan adalah bahasa klasik, cadangan dikemukakan kitab ini ditahqiq dengan terperinci terutama istilah-istilah akidah.